May 4, 2011

Pemain Bola Malaysia Bertaraf Dunia

Sedar tak sedar, sebenarnya kat Malaysia ni ramai yang boleh main bola untuk kelab2 gergasi eropah. Man Utd, Chelsea, Real Madrid, Barcelona..semua kelab tu lauk je bagi mereka2 ni.

Kalau nak tahu siapa, mlm ni pukul 3 pagi pergi la tengok game Man Utd vs Schalke 04 kat kedai2 makan or kalau nak lagi meriah, kedai mamak. Peeerrggh..kita akan jumpa ramai pemian bertaraf dunia duk kat Malaysia.

Biasanya awal2 game kita tak kan tahu lagi sape, tapi kalau game dah masuk minit ke 60, 70, time tu lah kita boleh nampak sape yang layak main kat eropah.

Tak caya? Try la malam ni..kita tgk kalau Rooney ke, Giggs ke, Berbatov ke buat silap, kompem2 kita akan dengar mcm ni;

Rooney ibarat balaci je kalau nak banding
dgn diorang ni

“Bodooh la Rooney..tak reti sepak bola ke..!!!”
“Berat bontot la Berbatov ni..main mcm budak skolah!!”
“Ape Giggs buat tu? Dah lame main bola takkan tak reti2 nak passing bola!!”

Peerrgghhh...!! Rooney bagi diorang bodoh je..Berbatov mcm budak skolah, Giggs tak reti passing. Diorang ni mmg lagi hebat la kan. Sepatutnya org2 mcm ni kita kumpul pastu kita pergi hantar trial ke kelab2 luar negara, especially kelab2 besar. Confirm2 zaman kegemilangan bola sepak Malaysia akan kembali. Kan?kan?kan?

p/s : Sila baca entri ini sambil tangan di bahu, mata tengok atas. 

4 comments: