Sayang,
Ke hadapan kekasihku yang disayangi, semoga berada dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya. Tujuan abang menulis surat ini bukanlah untuk memprotes permintaan sayang tempoh hari, apatah lagi untuk berhenti menyayangi sayang.
Sebenarnya abang masih lagi terkesima dengan permintaan sayang yang inginkan wang hantaran berjumlah RM15000 untuk perkahwinan kita nanti. Permintaan sayang itu membuatkan abang makan tak lalu, mandi tak basah, tidur pun tak lena.
Abang rasa sayang telah sedia maklum yang abang ni baru sahaja tamat kursus ijazah. Kerja pun abang belum dapat lagi. Sayang pula minta abang cepat-cepat hantar rombongan meminang sayang. Bukan abang tidak mahu berkongsi hidup dengan sayang, cuma abang meminta sedikit masa lagi untuk mengumpul wang yang cukup sebagai persediaan perkahwinan kita nanti. Mungkin setahun, mungkin dua tahun, mungkin tiga tahun.
Abang minta maaf jika sayang rasa permintaan abang ni keterlaluan. Sebenarnya abang telah membuat kira-kira ringkas kos perkahwinan dan selepas perkahwinan kita yang perlu abang tanggung nanti. Butiran kos perbelanjaan adalah seperti berikut :
i. | Kenduri di rumah abang | RM5000 |
ii. | Sewa bas ke rumah sayang (sebab kita berlainan negeri) | RM2500 |
iii. | Sewa khemah | RM1500 |
iv. | Deposit sewa rumah (kalau dapat sewa RM500 sebulan) | RM1500 |
v. | Set asas bilik tidur (katil, tilam, almari) | RM2000 |
vi. | Set asas perkakas dapur (dapur, peti sejuk, tong gas) | RM500 |
Jumlah | RM13000 |
Senarai di atas belum termasuk lagi harga set sofa, televisyen, karpet, kereta dan beberapa perkara lagi untuk sempurnakan rumah tangga kita, dan juga hantaran RM15000 yang sayang pinta.
Abang masih ingat lagi bila sayang minta abang membuat pinjaman peribadi untuk menampung kos perkahwinan kita dan sayang marah bila abang enggan memenuhi permintaan sayang. Bukan apa sayang, abang tak nak nanti abang tak mampu untuk menyara nafkah sayang selepas kita berumah tangga nanti. Abang tak nak nanti keluarga kita dibebani hutang yang banyak.
Jadi, besarlah harapan abang agar sayang mempertimbangkan hasrat abang untuk mengambil masa mencari wang yang cukup untuk kehidupan masa depan kita yang sempurna. Abang harap sayang tidak akan berhenti menyayangi abang hanya kerana abang belum mampu memenuhi permintaan hantaran sayang. Sekian, terima kasih.
Yang menyayangimu,
Abang sayang
hmmm sedihnya...
ReplyDeleteamboi, high demand nampak. huhu. ;)
ReplyDeleteMy latest entry : Bagaimana Rasanya Tinggal Di IKEA
Kisah benar..huhu
ReplyDelete