Assalamualaikum.
Semenjak dua menjak tiga menjak ni, memang kecoh satu Malaysia. Kecoh pasal apa? Kecoh pasal BERSIH2. Mmg kecoh. Dlm tv, dlm surat khabar, dlm radio, dlm internet, senang cakap kecoh dlm semua media la.
Aku pun hairan, kenapa BERSIH2 ni tiba2 BERSIH2 mendapat perhatian yg lebih berbanding BERSIH1 dulu sampai sekarang ni, siapa2 yg pakai baju BERSIH2 ni automatik kena tangkap polis. Siapa2 yg jual baju BERSIH2 kena tangkap. Siapa2 yg sebar risalah BERSIH2 kena tangkap. Memang ramai yg kena tangkap.
Selaku individu yg tak terlibat dgn mana2 parti politik, atau pertubuhan2 berteraskan politik, aku rasa terpanggil nak bagi komen dan pandangan aku.
Aku hairan, kenapa kerajaan takut sgt dgn BERSIH2. Siap tuduh BERSIH2 ni nak jadikan perhimpunan 9 Julai nanti jadi mcm perhimpunan di Dataran Tahrir. Heboh dlm surat khabar kerajaan terutamanya Utusan, tuduh BERSIH2 itu la, ini la. Menteri2 pun dah bagi banyak amaran. Siapa2 yg menyertai BERSIH2 akan dihumban ke ISA. BERSIH2 akan menyebabkan campur tangan negara kuasa besar. Pd aku, that all bullshit! Sekadar ugutan dari pihak yg terdesak!
Mengikut pemahaman aku, BERSIH2 ni adalah perhimpunan yg menghimpunkan mereka2 yg inginkan pilihanraya yg lebih adil, dan membawa memorandum/tuntutan pembersihan pilihanraya kpd Yang di Pertuan Agong. Adakah perhimpunan ini akan menjurus kpd kejadian seperti di Dataran Tahrir?
Selain amaran kerajaan, ada pula amaran drpd NGO spt PERKASA, persatuan silat dll. Diorang ni siapa? Kenapa takut sgt dgn BERSIH2? Kalau ni tak buat kacau, perhimpunan BERSIH2 ni takkan jadi kacau. Si Ibrahim Ali ni pun satu. Dah banyak statement kau menegangkan hubungan kaum. Tak puas2 lagi? Sekarang kau nak berperang dgn org yg inginkan keadilan pula? Kau tu siapa Brahim?
Kalau pilihanraya di negara ni betul2 bersih dan telus, kenapa kerajaan dan balaci2nya takut sgt dgn BERSIH2?
Tu bab kerajaan. Ni aku nak komen BERSIH2 pulak. Aku faham tuntutan BERSIH2. Malah aku sokong tuntutan (bukan sokong BERSIH2) BERSIH2 ni. Mmg pilihanraya di negara kita ni ada kelompongannya. Siapa tak pelik, tengah kira undi tiba2 lampu terpadam. Sebelum lampu padam calon Pakatan Rakyat tgh mendahului. Kira undi lepas lampu dah menyala, tiba2 calon BN menang. Bukan di satu tempat, malah banyak.
Contohnya di pilihanraya Sarawak. Pegawai SPR tak bagi kebenaran kira semula undi sedangkan perkara ni termaktub dlm peraturan pilihanray. Mmg banyak lagi kelompongan dlm sistem pilihanraya kita. So, tuntutan BERSIH2 adalah sangat wajar.
Tapi, yang aku hairan, kenapa perlu berhimpun beramai2 di tempat awam? Tak boleh ke kalau kumpul tandatangan penyokong seramai berjuta2 tu je? Lepas tu pemimpin2 gerakan ni pergi jumpa Agong. Bincang dgn baginda. Explain betul2. Tunjuk bukti yg kata pilihanraya ni tak adil dan tak telus.
Kalau BERSIH2 berkeras nak berhimpun juga, tolonglah jgn di kawasan tumpuan orang ramai seperti di tgh2 pusat bandaraya. Nak berhimpun, nak berdemonstrasi, pergi la ke highway Cyberjaya, Highway Putrajaya. Kan kat situ takde org ramai. Aku rasa kalau berhimpun kat situ pun polis pun tak kacau. The main point is, jgn la berhimpun kat kawasan tumpuan org ramai. Makin sesak jalan tu.
Kesimpulannya, sekali lagi aku tegaskan aku sokong tuntutan BERSIH2, tapi aku tak sokong BERSIH2. Kerajaan pun patutnya tak perlu melatah bagai bidan tua di cuit pinggangnya. Terima la hakikat yg pilihanraya Malaysia ni tak telus. Tak perlu bersikap double standard. Kalau nk kenakan tindakan ke atas BERSIH2, sila kenakan tindakan ke atas PERKASA sekali. Baru lah dikatakan kerajaan yg adil.
masalah nya agung pun lebih kurang sama jah. tengok la bola klate aritu.
ReplyDeletebakpo nga bola kelate?
ReplyDeletesuka baca sini ^_^
ReplyDelete