Showing posts with label Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan. Show all posts

July 10, 2011

Realiti Dunia Kontraktor di Malaysia

Aku adalah merupakan seorang pelajar kejuruteraan kimia. Walaupun aku belajar di jurusan tersebut, akan tetapi aku melengkapkan latihan industriku di sebuah syarikat yang bertumpu dalam bidang kejuruteraan awam.

Kenapa aku memilih syarikat ini? sebabnya aku ingin mempelajari selok-belok dunia kontraktor dan aku ingin menjadi seorang kontraktor yang berjaya suatu hari nanti.

Bagiku, pengalaman sebagai supervisor site projek merupakan suatu pengalaman yang cukup berharga. Melalui jawatan supervisor inilah aku mampu memahami serba sedikit tentang urusan di site, bagaimana untuk memahami dan mengendalikan tingkah laku pekerja, dan aku juga mampu memahami lebih banyak perangai manusia.

Tapi, bukan itu yang aku ingin utarakan di sini. Sebagai site supervisor,aku juga telah ditugaskan untuk menemui beberapa kontraktor utama untuk tujuan mendapatkan projek, dan aku juga ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja sampingan, untuk mengisi poketku dan juga kantung syarikat.

Daripada pengamatan aku, semakin aku mengenali dunia kontraktor, semakin jauh ingin aku melarikan diri. Rata-rata kontraktor atau subkontraktor yang aku temui mempunyai satu persamaan, sukakan wanita jalang dan juga minuman keras. Ada yang gemar salah satu dan ada juga yang gemar kedua-duanya sekali. Sehinggakan aku sendiri diajak untuk melakukan kedua-dua perkara terkutuk tersebut. Alhamdulillah, rasa malu kepada-Nya masih menebal dalam diriku.

Semakin aku mendalami dunia ini juga, semakin aku sedari bahawa dunia ini penuh dengan tipu dan helah, semata-mata untuk mendapatkan wang walaupun jumlah itu hanya mampu menyara makan-minum hanya untuk sehari. Dari pengamatan aku, golongan kontraktor gemar menabur janji demi mendapatkan wang deposit sesuatu projek. Apabila wang deposit dimiliki, sesetengah antara mereka segera menghilangkan diri.

Ada antara mereka yang bersikap lepas tangan. Segala permasalahan diserahkan kepada pekerjanya yang mungkin tidak mengetahui apa-apa tentang perkara tersebut. Ada juga antara mereka yang melakukan kerja-kerja projek secara ‘ajaib’. Kerja belum dilakukan, tetapi segala sampel dan ‘bukti’ yang menunjukkan kerja sudah dijalankan ditunjukkan kepada mereka-mereka yang memberi projek. Bagaimana mengikut hukum Islam tentang memiliki wang hasil dari penipuan? Apakah wang itu halal? Apakah wang itu boleh dibelanjakan untuk keluarga?

Sesetengah kontraktor pula lebih berminat untuk menghulur wang ‘minum air’ kepada sang pelulus sesuatu projek. Apakah ini tidak dikira sebagai rasuah? Apakah tiada hadith Nabi yang menyentuh isu rasuah?

Akan tetapi tidak aku nafikan, wujud juga golongan-golongan yang jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja yang diberikan. Kerja-kerja yang dilakukan menepati piawai yang telah ditetapkan oleh pemberi kontrak. Andai golongan ini menguasai dunia kontraktor, maka tiadalah siling parlimen yang bocor berulang kali, maka tiadalah bumbung stadium yang runtuh, maka tiadalah jalan berlubang walau hanya selepas seminggu diturap, maka tiadalah berlaku kerosakan rumah akibat tanah mendap.

Akan tetapi persoalannya, bilakah golongan ini akan menguasai dunia kontrak? 

July 3, 2011

BERSIH2, Kecoh Satu Negara!

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, memang kecoh satu Malaysia. Kecoh pasal apa? Kecoh pasal BERSIH2. Mmg kecoh. Dlm tv, dlm surat khabar, dlm radio, dlm internet, senang cakap kecoh dlm semua media la.

Aku pun hairan, kenapa BERSIH2 ni tiba2 BERSIH2 mendapat perhatian yg lebih berbanding BERSIH1 dulu sampai sekarang ni, siapa2 yg pakai baju BERSIH2 ni automatik kena tangkap polis. Siapa2 yg jual baju BERSIH2 kena tangkap. Siapa2 yg sebar risalah BERSIH2 kena tangkap. Memang ramai yg kena tangkap.

Selaku individu yg tak terlibat dgn mana2 parti politik, atau pertubuhan2 berteraskan politik, aku rasa terpanggil nak bagi komen dan pandangan aku.

Aku hairan, kenapa kerajaan takut sgt dgn BERSIH2. Siap tuduh BERSIH2 ni nak jadikan perhimpunan 9 Julai nanti jadi mcm perhimpunan di Dataran Tahrir. Heboh dlm surat khabar kerajaan terutamanya Utusan, tuduh BERSIH2 itu la, ini la. Menteri2 pun dah bagi banyak amaran. Siapa2 yg menyertai BERSIH2 akan dihumban ke ISA. BERSIH2 akan menyebabkan campur tangan negara kuasa besar. Pd aku, that all bullshit! Sekadar ugutan dari pihak yg terdesak!

Mengikut pemahaman aku, BERSIH2 ni adalah perhimpunan yg menghimpunkan mereka2 yg inginkan pilihanraya yg lebih adil, dan membawa memorandum/tuntutan pembersihan pilihanraya kpd Yang di Pertuan Agong. Adakah perhimpunan ini akan menjurus kpd kejadian seperti di Dataran Tahrir?

Selain amaran kerajaan, ada pula amaran drpd NGO spt PERKASA, persatuan silat dll. Diorang ni siapa? Kenapa takut sgt dgn BERSIH2? Kalau ni tak buat kacau, perhimpunan BERSIH2 ni takkan jadi kacau. Si Ibrahim Ali ni pun satu. Dah banyak statement kau menegangkan hubungan kaum. Tak puas2 lagi? Sekarang kau nak berperang dgn org yg inginkan keadilan pula? Kau tu siapa Brahim?

Kalau pilihanraya di negara ni betul2 bersih dan telus, kenapa kerajaan dan balaci2nya takut sgt dgn BERSIH2?

Tu bab kerajaan. Ni aku nak komen BERSIH2 pulak. Aku faham tuntutan BERSIH2. Malah aku sokong tuntutan (bukan sokong BERSIH2) BERSIH2 ni. Mmg pilihanraya di negara kita ni ada kelompongannya. Siapa tak pelik, tengah kira undi tiba2 lampu terpadam. Sebelum lampu padam calon Pakatan Rakyat tgh mendahului. Kira undi lepas lampu dah menyala, tiba2  calon BN menang. Bukan di satu tempat, malah banyak.

Contohnya di pilihanraya Sarawak. Pegawai SPR tak bagi kebenaran kira semula undi sedangkan perkara ni termaktub dlm peraturan pilihanray. Mmg banyak lagi kelompongan dlm sistem pilihanraya kita. So, tuntutan BERSIH2 adalah sangat wajar.

Tapi, yang aku hairan, kenapa perlu berhimpun beramai2 di tempat awam? Tak boleh ke kalau kumpul tandatangan penyokong seramai berjuta2 tu je? Lepas tu pemimpin2 gerakan ni pergi jumpa Agong. Bincang dgn baginda. Explain betul2. Tunjuk bukti yg kata pilihanraya ni tak adil dan tak telus.

Kalau BERSIH2 berkeras nak berhimpun juga, tolonglah jgn di kawasan tumpuan orang ramai seperti di tgh2 pusat bandaraya. Nak berhimpun, nak berdemonstrasi, pergi la ke highway Cyberjaya,  Highway Putrajaya. Kan kat situ takde org ramai. Aku rasa kalau berhimpun kat situ pun polis pun tak kacau. The main point is, jgn la berhimpun kat kawasan tumpuan org ramai. Makin sesak jalan tu.

Kesimpulannya, sekali lagi aku tegaskan aku sokong tuntutan BERSIH2, tapi aku tak sokong BERSIH2. Kerajaan pun patutnya tak perlu melatah bagai bidan tua di cuit pinggangnya. Terima la hakikat yg pilihanraya Malaysia ni tak telus. Tak perlu bersikap double standard. Kalau nk kenakan tindakan ke atas BERSIH2, sila kenakan tindakan ke atas PERKASA sekali. Baru lah dikatakan kerajaan yg adil.

May 27, 2011

Ashraf To Aleesha? Sorry, I Say No to Amphibians

Assalamualaikum

How's everyone doing? Hope everything's good. This morning I've read a disgusting news about a man who's trying to officially change his name  from Ashraf to Aleesha. Pretty sucks isn't it? Forgive me if I were rude to any readers but my policy is strictly against this so-called gender confusion.

To add the spice, he attended Kuala Terengganu court by wearing baju kurung and guess what, he wore TUDUNG! If I'm 'not mistaken', that kind of attire is for normal and genuine ladies, not a fake ones plus tudung is only compulsory to those who were born as girls, not boys.

Even though a guy has changed his sex organ, from penis to vagina, it doesn't mean their status has changed too. If any guys really want to be ladies, they should've changed all of their body systems. They have to have menstrual cycles, ovum, women body hormones, huge pelvic bones and the most important one, XX genes!

That, my firiend, is from a liberal point of view. In Islam, gender transfusion is strictly prohibited, and every Muslim knows that. Some of the people who did that would give excuses like 'it's my nature', 'I am a woman, trapped inside a man's body' and yada yada yada. Whatever being said still would not allow any Muslims to change gender. Even other religions are against this act.

This kind of act is really blasphemous. Remember, to ignite divine retaliation is not that difficult and whenever He shows his anger, He shows it to everyone, not only on the doer.

Thus, if we came across any other abnormal issue, we ourselves have to counter them. Think of the best solution. Get along with them, give them good understanding on religion, invite them to talk, forums which will this group of people confidence and consciousness to get rid this gender confusion mind. May He guide us to success. Amin.


May 17, 2011

Entri Serius || Perang Salib di Malaysia?

Assalakualaikum.

Mula-mula sekali aku nak minta maaf jika entri aku kali ni menyakitkan hati siapa2 yang membaca. Aku cuma nak mengutarakan pendapat aku, selaku sebahagian dari generasi baru politik Malaysia ni.

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah mengeluarkan satu amaran kepada penganut agama Kristian bahawa dia akan mengetuai perang salib sekiranya penganut kristian terus mencabar kedudukan agama Islam di negara ini. Dia juga turut menyatakan bahawa majoriti penganut kristian di malaysia ialah kaum cina, dan majoriti kristian di dunia diketuai oleh US dan tali barut di US di Malaysia ialah Anwar.

Selaku pihak di atas pagar, aku sangat tak bersetuju dengan pandangan Ibrahim  ni. Dulu sewaktu election 2008 kenapa dia terima juga tawaran PAS untuk bertanding atas tiket PAS di parlimen Pasir Mas? Waktu tu dia tak tahu ke PAS bekerjasama dengan Anwar? Kalau dia tahu kenapa dia bertanding juga? Ada kepentingan ke?

Ibrahim mengeluarkan amaran berdasarkan laporan Utusan Malaysia Sabtu lepas yg mengatakan bahawa sebilangan pastor di Malaysia sedang merancang untuk menjadikan Malaysia sbg negara Kristian. Pada pendapat aku, laporan tu tak sahih. Sebab laporan tu dibuat berdasarkan tulisan seorang blogger. Sejak bila akhbar mengambil blogger sebagai rujukan? Bukan ke blogger yang sepatutnya mengambil blogger sbg rujukan? Dalam blog tu pula sekadar menyiarkan gambar sekumpulan pastor, bukan video pun. Kalau nak terbitkan di muka depan akhbar, kena la ada bukti yg kukuh.

Si Ibrahim ni pula tak tentu hala bagi amaran kpd penganut kristian. Perlu ke buat mcm tu? Kalau betul pun diorang nak buat Malaysia ni sbg negara kristian, ia akan memakan masa yg sangat lama. Mungkin selepas dua generasi. Sementara diorang duk buat persediaan, apa yg kita sbg Melayu Islam ni buat? Duk saja2? Duk layan AF?

Ibrahim ali kena buka mata. Nak lawan penyebaran agama lain, nak lawan penguasaan agama lain bukan secara maki hamun mcm tu. Ni bukan zaman batu. Kenapa kita tak kuatkan org kita dulu? Kenapa Ibrahim ali tak menggesa kerajaan menghentikan hiburan drpd barat? Bukan ke hiburan barat tu ada msg tersembunyi ke? Takkan Ibrahim ali tak nampak semua tu?  Ke Ibrahim Ali suka tgk artis barat pakai seksi2?

Lagi aku nak tanya Ibrahim Ali. Suka ke kalau rakyat negara ni berperang? Suka ke tgk keharmonian pelbagai kaum di negara ni hancur? Suka ke peristiwa 13 Mei versi baru terjadi? Tak pernah fikir ke impak kenyataan yg dibuat tu?

Aku selaku generasi baru negara ni sangat kecewa dgn tindakan seorang yg dipanggil pemimpin ni. Ingat, ancaman-ancaman tak akan mencapai kejayaan. Yang penting kuatkan akar umbi kita dulu. Sambil tu bagi kefahaman kpd org bukan Islam apakah maksud sebenar Islam. Kalau pemimpin buat mcm ni, pengikut pun akan turut serta. Faham tak IBRAHIM ALI?

May 14, 2011

5 Sebab kenapa Man Utd Menang Liga!!

" Come back when you've won 18!" sindir penyokong Liverpool kpd penyokong Man Utd berbelas tahun dulu. Tu dulu. Kisah lama2. Cerita Mitos.

"Now here we are, on top of your perch!" suka betul aku tgk banner ni kat Ewood Park tadi. Kredit jugak la kpd Blackburn sbb berjaya main dgn baik dan buat penyokong Man Utd cuak. Penalti tadi pun tak sepatutnya penalti. Kan? hahaha

Takpe. Sebagai Man Utd fan dari tahun 1995, aku nak senaraikan kat sini kenapa Man Utd boleh menang liga lagi tahun ni.


1) Rekod main kat tempat sendiri yang cemerlang!

Bayangkan, daripada 19 perlawanan kat tempat sendiri, 2 mata je tercicir. Yang lain mmg mata maksimum! Penyokong pulak mmg selalu bagi tekanan kat pihak lawan dgn nyanyian dan sorakan padu diorang. Mcm penyokong The Red Warrior jugak la. Hahaha

2) Kesefahaman antara pemain

Kalau kita tgk line-up Man Utd takde la star2 mcm Man City, mcm Chelsea. Tapi atas pdg diorang mmg boleh baca kepala masing2. Kira kalau passing tu pejam mata pun takpe. 

3) Adunan sempurna pemain tua dan muda

Giggs, Scholes, Van der Sar, Neville(skang dah bersara), Ferdinand mmg penting dlm pdg dan juga dlm bilik persalinan kpd Man Utd. Kalau diorang takde, mmg budak2 muda bawa kepala masing2. lagipun diorang ni dah lama kat kelab ni. So reputasi diorang mmg tinggi kat Man Utd. 

4) Rooney mati hidup kembali

Awal-awal season mmg teruk mamat Rooney ni. Dalam pdg, luar pdg mmg byk problem. Tapi lepas setel hal rumah tangga, Rooney ni dah kembali ke top form. Aku notice dia start main bagus masa England vs Swiss dulu.

5) Faktor Ferguson

Aku mmg tabik kat org tua ni. Dia memang selalu cool. Pemain pun semua takut dgn dia. Kalau dia marah, mmg terkedu la semua. Lagipun Board of Directors mmg bagi kuasa penuh kat datuk ni dlm tentukan pembelian pemain dan penggunaan pemain. Mmg sgt berbeza la dgn Chelsea dgn Man City.

So, 5 points ni lah pandangan aku kenapa Man Utd boleh menang liga buat kali ke 19. Kepada team lain, cuba lagi tahun depan. Kepada fan Man Utd, kita ENJOY!! 

Kat bawah ni lirik lagu Glory Glory Man Utd. Jom kita nyanyi ramai2! Hahaha

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Just like the busby babes in days gone by,
We'll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the masses sing with pride.

United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will no just who we are,
They'll be singing que sera sera

United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Glory glory Man united, Glory glory Man united, Glory glory Man united, As the reds go marching on on on!
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

MK note : Masih terbuai dgn kemenangan besar Kelantan ke atas Selangor semalam. :)

May 12, 2011

Bila Orang Kita Perasan Mat Saleh

Skarang ni kita tgk ramai org kita yang kononnya je melayu, konon je Islam tapi dah takde rupa melayu. Stuju tak? Pengaruh mat saleh mmg kuat kat tempat kita. Dari zaman merdeka, sampai lah ke zaman yg dah tak berapa merdeka ni.

Org kita ni tak kira muda atau tua bangka suka sgt dgn mat saleh. Banyak perangai ngan budaya diorang yg kita ikut. Tapi dlm byk2 perangai yg kita ikut, ada juga yg org kita tak ikut. nak tahu apa? Meh baca lagi meh.


Yang org kita selalu ikut                           
Yang perempuan pakai baju masing2 tak nak kalah. Lurah ke, bonjol ke, semua boleh nampak dgn jelas.

Yang aku selalu kondem    
Helo, yg awak nak tayang lurah awak tu kenapa? Diorang agama apa?awak agama apa? Tak reti nak beza? Kang kalau org tanya awak tu agama mana awak marah pulak. Awak tu pakai je seksi, tapi ckp english yg awak tau ailebiu jer. Kena rogol salahkan perogol. Apa ke bangang awak ni?



Yang org kita selalu ikut                           
Amboi..kalau hujung minggu je mesti ada muka awak kat pusat hiburan. Kalau karaoke tu ok la, sbb boleh dikira sbg pusat hiburan famili. Ni tak, kat pusat hiburan yg hiruk pikuk jugak awak pergi. Goyang, joget, liuk lintuk badan. Best sangat ke?

Yang aku selalu kondem    
Mat saleh skarang ni ramai yg berpegang kpd prinsip free-thinking. Hiburan semua diorang tibai. Kalau ikut agama diorang, mana boleh benda2 mcm tu. Awak tu nak jadi free-thinker jgk ke? Dah tak sayang agama sekarang ke? Nanti awak dah meninggal nanti, nak kapan ke pakai kot?



Yang org kita selalu ikut                           
Kat mana2 pun skarang ni, tak kira masa tak kira tempat, mesti kita nampak org kita duk pegang tin/botol yg ada logo crown, yg ada logo sauh, yg ada logo mcm2 lagi. Kalau minum air ni, confirm pening2. Lepas tu muntah2. Lepas tu merapu meraban. Mcm org gila.

Yang aku selalu kondem    
Mat saleh mmg budaya diorang dari dulu lagi mcm tu. Lagipun tempat diorang tu sejuk. Nak2 kalau malam. Tempat kita ni sejuk ke? Budaya kita mcm tu ke? Mak ayah awak ada suruh minum air tu ke? Atok nenek awak amal minum tu ke? Moyang awak mmg kaki minum tu ke? Meluat gila tgk budak2 kita belagak cool bila pegang air tu. Aku lepak kat ASIA CAFE sunway hari tu. Atas meja budak melayu ada dlm 2-3 botol air tu. Even cina ngan india pun minum teh O ais je!



Yang org kita selalu ikut                           
Amboih..bukan main lagi duk berpeluk, bercium dpn org ramai. Tu depan org tuh. Kalau blakang org, tak tau la apa awak buat.
Yang aku selalu kondem    
Mcm aku ckp tadi, mat saleh ni free-thinker. Buat apa2 pun ikut suka hati laki nenek tiru sebelah mak angkat diorang je. Kalau nak kira, agama diorang mana bagi buat benda2 mcm tu.



Yang org kita selalu ikut                           
Humang aih. Rambut awak ni mmg mcm bulu harimau dah aku tengok. Ada mcm2 warna!

Yang aku selalu kondem    
Woi, mat saleh tu mmg rambut diorang warna mcm tu. Tak payah la awak tu nak tergedik2 nak tukar warna rambut awak tu. Rambut kuning, kening hitam, bulu kaki hitam. Gerun aku tengok. Dah mcm mawas kat hutan Sipilog dah.



Yang org kita selalu ikut                           
Romantik betul boyfriend awak ye. Asyik bagi bunga mawar je. Nak2 kalau valentine’s day. Sweet!!

Yang aku selalu kondem    
Ni satu lagi. Mat saleh pun tak tau dr mana asal usul tradisi tu. Konon2  nampak kool. Kool kepala hangguk awak. Dah la valentine’s day punya sejarah pun awak tak tau. Ape ke bangang awak ni?



Yang org kita selalu ikut                           
Banyak pulak NGO yg tuntut kesamarataan hak wanita la konon. Siap buat memo lagi tu suruh kerajaan gubal law supaya lelaki tak boleh poligami.

Yang aku selalu kondem    
Mmg sah gila. Tak semua benda perempuan boleh sama taraf dgn lelaki. Amek contoh mudah ni. Kalau rumah dimasuki perompak. Suami suruh isteri pergi lawan dgn perompak tu, agak2 isteri tu mampu tak?  Agak2 isteri tu sanggup tak?


Kalau nak kira mmg banyak lagi lah perangai2  huduh mat saleh yg dah sebati dlm jiwa org kita. Yang hairannya, yang baik2 tak nak ikut pulak.

Woi..mat saleh rajin membaca. Awak tu rajin ke membaca? Setakat 2 helai setahun tu bukan membaca namanya. Tu mengeja!

Woi..mat saleh tekun cari ilmu. Sebab tu diorang maju. Awak tu gi sekolah pun kena paksa. Tak malu ke kalau mat saleh cakap awak tu bengap?

Woi..mat saleh permbersih. Toilet diorang boleh buat tidur kat dalam tu. Awak tu pembersih ke? Pegang berus sabut pun tak reti, jgn kata nak basuh tandas.

Woi..mat saleh tegur org lain depan2 je la. Kalau betul cakap betul, kalau salah cakap salah. Awak tu reti nak mengumpat, nak mengata. Bila org yg awak umpat tu ada dpn mata bukan main mesra lagi awak dgn dia ye.


Ada banyak la lagi sifat2 yg patut ada kat diri kita ada kat mat saleh. Tapi syg. Stakat yg buruk tu je kita mampu ambil. Tak dapat nak bayang generasi anak cucu kita nanti mcm mana.

MK note : Sorry entri kali ni emosi sket. Geram betul tgk minah2 yg bajet hot pakai singlet lepak kat KFC. 

May 10, 2011

Ngomel Ngomel Ngomel

Manusia terdiri dari mcm2 jenis. Ada yang hensem, ada yang comel, ada yang cun, ada tinggi, ada yang kurang tinggi, ada yang kurus, ada yang berisi, ada yang pandai, ada yang kurang pandai dan ada yang mcm2 lagi la.

Kita selalu dengar orang komen, malah kita sendiri pun selalu komen pasal diri kita sendiri. Ni antara komen atau lebih tepat, ngomelan kita2 yang bunyinya mcm tak bersyukur.


“Nape la aku ni pendek sangat. Kan best kalo tinggi, boleh jadi model.”

“Comelnya pempuan tu. Kulit gebu, cutting ok. Kalau la aku mcm dia, kompem meletopsss!”

“Peerrgghh..lawa siot badan brader tu. Mcm Jason Statham. Patutnya badan aku mcm tu la.”

“Apesal la susah sgt nak putih ni. Dah mcm org afrika dah aku ni. Mcm mana nak ada couple ni.”

“Susah betul nak kurus. Baik tak payah ada badan dpd badan mcm ni!”


Tu ayat kondem diri sendiri. Dalam tak sedar, kita selalu jugak mengomel ayat2 dengkikan org lain. (Jangan nak nafi la :P)

“Eleh, stakat melentik-lentik depan bos mmg la cepat naik pangkat!”

“Ko bukan pandai pun, nasib je tu dapat tinggi test. Entah2 tiru org sebelah .”

“Minah tu bajet cun gila2 la tu, semua jantan dia nak layan.”

“Poyo gila mamat ni. Tak payah la dressing mcm tu. Bajet dpt jadi perdana menteri.”


Tidak kurang juga kita selalu menyalahkan org lain. Lebih teruk bila dalam tak sedar, kita salahkan Tuhan atas kekurangan diri kita.

“Kenapa la aku lahir dlm famili miskin mcm ni.”

“Ni semua mak ngan abah punya pasal. Kalau diorang tak kongkong aku dari kecil dulu, takde la aku jadi mcm ni!”

“Kenapa Tuhan biarkan aku jadi mcm ni? Tak cukup ke ibadat aku selama ni?” (Na’uzubillah min dzalik)

“Kalau kau tak ajak, takde la aku terjebak ngan benda ni!”


Jadi, sebagai peringatan untuk kau dan aku, mari sama2 kau dan aku berfikir sejenak. Kenapa perlu kita merungut? Kenapa perlu kita dengki? Kenapa perlu kita menyalahkan orang lain? Tenangkah jiwa kalau kita buat mcm tu?

Kita perlu ingat. Allah bagi kita sesuatu ada hikmahnya. Ada cerita di sebaliknya. Ada ilmu yang ingin Allah sampaikan kepada kita. Kita hanya berpu bertenang dan cari maksud yang tersembunyi tu. Apakah dengan ngomelan kita boleh jadi cantik? Apakah dengan hasad dengki kita boleh jadi pandai? Apakah dengan ngomelan kita boleh jadi kaya?

Tengok dalam diri kita. Kaji kekuatan dan kelemahan diri. Ukur keupayaan kita. Baiki kelompongan diri. Ingat, tersalah ngomel buruk padahnya. Jangan kerana banyak ngomel tergadai akidah!

Minds are like parachutes , they only function when open.Thomas Dewar


May 7, 2011

Warak vs 'Warak'

Tempoh hari aku sempat solat jemaah di salah sebuah kolej kediaman lelaki di UiTM Shah Alam. Terharu bila aku tgk surau yang agak besar tu penuh dengan student solat berjemaah, walaupun waktu tu bukan waktu puncak solat jemaah. (Biasanya surau akan penuh waktu maghrib jer). Tengok adik-adik ni, teringat zaman-zaman aku duk kolej dulu.

Dulu kalau zaman tak exam, mmg lengang je surau. Tapi bila masuk je musim exam, maka brbondong-bondonglah manusia solat berjemaah di surau. Waktu tazkirah pun ramai yang sanggup tunggu an dengar tazkirah yg disampaikan. Sejuk mata tgk suasana mcm ni. 

Tapi bagi sesetengah org, waktu mcm ni lah jadi pilihan diorang utk mengata. Ye la, saya ni kaki regular surau, tak musim exam ke tak. Antara skrip yg biasa didengar;

"Eleh, time exam baru kenal surau. Kalau tak, jgn harap nak jejak kaki."

"Aku tgk muka pun dah tahu, lepas abeh musim exam ni, mmg takde la muka ni kat surau."

"Mamat ni bukan leh caya sgt pun, time exam baru nak ingat Tuhan. Tgk gaya pun dah tau bukannya ikhlas pun dia ni."

Kita tak tahu apa dalam hati org lain

Rasa-rasa ada ke patut org 'regular' surau cakap mcm ni? Kepada yg ada cakap mcm ni, cuba kita renung balik. Kita kaji balik.

Kalau musim exam, student akan luangkan masa lebih untuk study, dan kurang untuk huha-huha. Bila study mesti la kurang bercakap. Betul tak?

Bila kurang bercakap, maka kuranglah dosa-dosa kecil yg mungkin boleh timbul drpd percakapan kita tu. Bila kurang dosa, maka hidayah Allah Taala pun senang la nak masuk. Tapi bila habis exam, maka waktu huha-huha pun kembali meningkat. Bila mcm ni, hidayah pun jadi susah nak masuk ke hati kita. Kan? Kan?


Kesimpulannya pada hari ini, dlm apa perkara pun, jgn lah kita cepat sgt judge org. Kita tak tahu apa dlm hati org lain, betul tak? So kalau ada kawan-kawan kita yg dapat hidayah musim exam, seharusnya kita bimbing diorang. Kau bimbing aku, aku bimbing kau. Baru lah betul dgn takrif warak. Kalau tak, kita ni sekadar 'warak' je la. Jgn nanti sampai Allah tarik balik ganjaran kita nanti. Nauzubillah min tzalik.

May 4, 2011

Pemain Bola Malaysia Bertaraf Dunia

Sedar tak sedar, sebenarnya kat Malaysia ni ramai yang boleh main bola untuk kelab2 gergasi eropah. Man Utd, Chelsea, Real Madrid, Barcelona..semua kelab tu lauk je bagi mereka2 ni.

Kalau nak tahu siapa, mlm ni pukul 3 pagi pergi la tengok game Man Utd vs Schalke 04 kat kedai2 makan or kalau nak lagi meriah, kedai mamak. Peeerrggh..kita akan jumpa ramai pemian bertaraf dunia duk kat Malaysia.

Biasanya awal2 game kita tak kan tahu lagi sape, tapi kalau game dah masuk minit ke 60, 70, time tu lah kita boleh nampak sape yang layak main kat eropah.

Tak caya? Try la malam ni..kita tgk kalau Rooney ke, Giggs ke, Berbatov ke buat silap, kompem2 kita akan dengar mcm ni;

Rooney ibarat balaci je kalau nak banding
dgn diorang ni

“Bodooh la Rooney..tak reti sepak bola ke..!!!”
“Berat bontot la Berbatov ni..main mcm budak skolah!!”
“Ape Giggs buat tu? Dah lame main bola takkan tak reti2 nak passing bola!!”

Peerrgghhh...!! Rooney bagi diorang bodoh je..Berbatov mcm budak skolah, Giggs tak reti passing. Diorang ni mmg lagi hebat la kan. Sepatutnya org2 mcm ni kita kumpul pastu kita pergi hantar trial ke kelab2 luar negara, especially kelab2 besar. Confirm2 zaman kegemilangan bola sepak Malaysia akan kembali. Kan?kan?kan?

p/s : Sila baca entri ini sambil tangan di bahu, mata tengok atas. 

April 29, 2011

Barclay Premier League VS Putera William

Kecoh betul hujung minggu ni. Satu dunia kecoh. Yang nak kahwin tu, Putera William dengan Kate Middleton. Tapi hampir satu dunia juga lah yang histeria. Bersungguh2 betul diorang nak tengok putera idaman ni kahwin. Kalau di UK, siap pasang khemah lagi semata2 nak tunggu pasangan tu sampai. Huh!
Bagi orang yang mcm aku ni, nikah kahwin siapa2 pun aku tak ambil port sangat. Tambahan kalau yang kahwin tu bukan orang Malaysia. Yeah!

Rangkap Satu , waQaf

Assalamualaikum

Ini kira first time aku menulis kat blog ni. Sebelum ni pun aku dah ada blog, tapi atas beberapa faktor, terpaksa aku menutup blog tersebut. So, untuk pertama kali punya topik, kita ambil topik la yang mampu menenagkan fikiran dulu. Hari ni aku rasa nak berceritera pasal khutbah jumaat tadi. Even though aku sampai lambat, aku sempat la jugak dengar khutbah daripada tok khatib tu.yeah!

Tadi tok khatib berkhutbah pasal waqaf. Bukan wakaf macam gazebo tuh. Ni waqaf. Huruf Q, bukan huruf K. Kalau dalam tulisan jawi/arabnyer, huruf QOFF, bukan huruf KAFF. Ada faham ka juga?yeah!