October 4, 2011

Puisi Rumahtangga


Saban hari keluar berita,
Kisah perceraian dan masalah rumah tangga,
Bila difikir puncanya senang sahaja,
Suami berasa dirinya nak jadi raja,
Isteri berasa dirinya memanda,

Walau harta sudah berjuta,
Tak menjamin rumah tangga akan bahagia,
  
Memang benar apa yg Nabi sabda,
Cari pasangan ada caranya,
Bukan kerana paras rupa,
Atau harta yang dibangga-bangga,
Apatah lagi liuk lentuk badan yang menggoda-goda
Carilah si dia berdasarkan agama,
Bukan sahaja bahagia di dunia,
Malah juga kebahagiaan di syurga.

Cinta yang Maha Esa cinta yang sejati,
Cinta yang perlu dibawa sampai mati,
Tapi bila bercinta dengan manusia selalu nafsu resapi diri,
 Dan selalu buang Dia dari dalam hati,
Yang kita fikir hanya kehendak dan kepuasan kita sendiri

Kalau syariat Dia kita abaikan,
Jangan marah Dia bila kita tak rasa kebahagiaan,
Sebab Dia dah lama dah bagi peringatan,
Jangan lupa Dia dalam dalam segala perbuatan,
Dan jangan lalai dalam amalan.

Cakap pasal agama memang senang,
Cakap tu cakap ni memang kita lantang,
Orang lain buat salah kita langsung tak bagi peluang,
Kutuk sana terang-terang
Kutuk sini pung-pang pung-pang,
Silap-silap si pesalah tu kena lempang.

Memang semua kita tahu,
Cinta yang agung hanya cinta Dia yang Satu,
Macam mana nak rasa cinta Dia kenalah tuntut ilmu,
Dah ada ilmu tu kena la amal selalu,
Tak amal bdosa tau!

Aku mempoyokan diri ni bukannya apa,
Sekadar berkongsi ilmu di dada,
Nasib aku nanti pun tak tau lagi macam mana,
Cuma aku akan buat yang terbaik utk ke syurga-Nya,
Kalau cakap tapi tak buat memang besar dosanya,
Minta tolong kawan-kawanlah selalu ingatkan aku yang slalu lupa

Ampun dan maaf aku pinta,
Andai ada sesiapa yang terasa,
Bukan nak tunjuk pandai apatah lagi nak hina-menghina,
Sekadar memberi peringatan bersama,
Allah taala dah berfirman dalam kalam-Nya,
“Beri peringatanlah, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada yang beriman seadanya.”


1 comment:

  1. salam..ada berita ni..murah!kulit cantik,badan pun chat..jom tgk ape dye! http://aikairfatini.blogspot.com/2012/12/nak-kulit-halus-mulus-mcm-byi.html

    ReplyDelete