Assalamualaikum! Setelah sekian lama menyembunyikan diri, akhirnya aku kembali. Hehe. Seminggu dua ni mmg agak sibuk. Badan jadi penat. Bila malam menjelma, mmg selalu tidur awal. Tapi bukan ceritera hidup aku yg aku nak bercerita hari ni. Tak syuke lew owang lain tau apew yg kite bwat hari2!
Dalam keletihan badan, sempat juga la ku pergi menonton final piala FA. Semestinya mengharapkan negeri kelahiran aku, Kelantan yg menang. Tapi nak buat mcm mana, rezeki belum ada lagi utk piala FA. Tunggu je la tahun depan. Tapi bukan pasal final piala FA juga yg ingin aku ceritakan.
Ni cerita sebenar..
Keesokan harinya selepas final piala FA, ada lah sekumpulan pekerja datang pasang grill di rumah aku. Sambil tengok diorang bua kerja, aku borak2 la jugak dgn ketua diorang. Aku pun tanya la dia pasal final piala FA.
“Tak tengok bola ke semalam bang?”
“Final piala FA? Ko jangan sebut lagi pasal final piala FA tu. Aku tengah bengang ni. Kalah RM500 beb!”
Bila dia cakap je kalah RM 500, aku fikir sah2 dia ni betting game kelantan dgn terengganu ni. Aku pun borak la lagi.
“Kalau menang dpt berapa bang?”
“Kalau menang dapat la jugak RM1400 lebih kurang.”
“RM1400?peerrghhhh!!”
Aku buat2 terkejut.
“Game Barca vs Man U dulu bet jugak tak?”
Aku saja tanya nak pancing lagi
“Huh..game tu aku menang dekat RM3000.”
“Peeerrrggghhh!”
Aku sekali lagi buat2 terkejut.
![]() |
Duit mmg tak pernah cukup |
Lepas borak2 lebih kurang, aku pun beredar lah meninggalkan taik judi tu buat kerja pasang grill. Mamat tadi tu bukanlah taik judi pertama pernah aku jumpa. Sekarang ni, senang sangat nak jumpa taik judi. Golongan org yg mcm ni tanpa segan silu buka cerita pasal benda bodoh yg diorang buat tu. Satu persoalan berlegar di ruang fikiran aku. Perjudian ni dah jadi satu perkara normal ke dlm masyarakat kita hari ni?
Kalau kita tengok peraduan gedung kain Jakel hari tu, nak dapat hadiah kereta Perodua kena belanja pada kadar tertentu, kalau tak, mmg tak layak nak dapat Perodua, dpt hadiah cikai2 je la. Bukan ke kalau mcm tu dah ada unsur judi ke? Kenapa ustaz2 tak bising? Kenapa mufti2 tak bising? Sebab isteri ustaz2 dan mufti2 pun suka shopping di Jakel kan?
Tapi persoalan aku masij belum terjawab. Judi ni dah jadi perkara normal ke dlm masyarakat kita? Tolong jawab utk aku!!
No comments:
Post a Comment