May 3, 2011

Telinga Manusia Tak Pernah Berhenti Membesar!!

Satu kajian yang dijalankan oleh saintis barat dan Jepun telah menemui bahawa telinga manusia tidak berhenti tumbesarannya! Dengan kata lain, saiz telinga berkadar langsung dengan umur. Semakin panjang umur, semakin besar telinga!
telinga normal lelaki pada masa depan

Tapi ada ke kita tengok org telinga besar selain Nabil Raja Lawak? Haaa..telinga walaupun tumbesarannya tak terhad, tapi saiznya bertambah sangat2 sikit. Kajina ni telah dijalankan dari tahun 1959 lagi, bermula di Freie Universität Berlin, Jerman. Sebanyak 1448 telinga telah diukur pada masa tu. Saiz telinga ni diambil daripada baby baru lahir, budak kecik, org dewasa dan juga org tua, ada yg berumur 98 tahun pada masa tu.


Sebanyak 15 kali setahun ukuran baru diambil drpd org2 yang jadi sample ujian ni. And at the end of the day, kesimpulannya telinga tak pernah berhenti tumbesarannya. Sungguh hebat ciptaan Allah S.W.T.

Walaupun tumbesaran telinga ni takde had, telinga lelaki didapati lebih besar dari telinga perempuan. Apa hikmahnya? Kaum wanita lebih sinonim dengan gosip2, so nak kurangkan penerimaan gosip tu, sebab tu la telinga lelaki lagi besar kot. Hehe.

Lagi satu, kajian juga mendapati kanak2 yang bertelinga capang lebih cemerlang daripada kanak2 lain. Ini disebabkan telinga capang lebih senang menangkap maklumat yang disampaikan dalam kelas. Haaa..so, jangan kutuk2 org bertelinga capang neh. Ada faham?

kalau lah gajah tau badan dia besar..
Laaaagi satu penemuan, telinga gajah menyebabkan gajah menjadi haiwan yg pemalu dan penakut. Sebab tu kita dengar cerita gajah takut kat tikus! Gajah tak tahu pun saiz badannya yg besar, sebab dilindung telinganya yang juga besar itu.

Kesimpulannya pada hari ini, walau sebesar mana telinga pun, walau secapang mana telinga pun, takde guna kalau kita tak guna untuk mendengar perkara2 yang baik. Tak guna mempuyai telinga yg menarik kalau setakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Wassalamu.


sumber : Guardian UK

No comments:

Post a Comment