May 19, 2011

Tak Layak Nak ke Syurga


Aku masih terkenang lagi..
Aku masih teringat lagi..
Saat kita ke sana ke mari

Aku hangguk, engkau hangguk..
Aku pening, engkau pun pening

Aku jatuh engkau jatuh..
Aku berlari, engkau pun berlari

Aku terbang, engkau terbang..
Aku berkuak, engkau pun berkuak

Tapi, aku tahu..
Itu semuanya dulu-dulu

Sewaktu engkau dan aku masih bersatu..
Sewaktu aku redah segalanya bersamamu..

Sewaktu engkau dan aku masih mampu ketawa..
Sewaktu engkau dan aku masih mampu mendabik dada

Tapi kini..

Sangat berbeza..
Aku di sini, engkau di sana

Kau kaku di bawah sana..
Aku tidak tahu hendak ke mana

Aku menangis melihat engkau merana..
Aku menjerit turut terasa

Sakitnya tubuhmu dipukul bertalu-talu..
Sakitnya tubuhmu ditusuk sembilu

Kini barulah ku tahu..
Apa ertinya ilmu

Ilmu yang tersemat di dada..
Ilmu yang telah disia-sia

Ilmu yang terbiar tanpa amalan..
Ilmu yang dipinggir kerana hiburan

Segalanya terlambat sudah..
Aku dan kau telah terpisah

Engkau 6 kaki di bawah bumi..
Aku tergantung ke sana ke mari

Andai dapat kembali ke dunia..
Akan kutebus segala noda dan dosa

Tapi di sini lah aku berdiri..
Menanti hari untuk diadili

Apakah nasibku ke kanan atau ke kiri..

Apakah ke an-Naar yang dimurka..
Apakah ke al-Jannah yang diredha

Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu..
Namun tak pula ak sanggup ke nerakamu..
Ampunkan dosaku dan terimalah taubatku..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa Besar

Ku laungkan sekuat hati..
Mengharapkan simpati dari-Mu ya Rabbi!

2 comments:

  1. Alhamdulillah...susah nak melayakkn diri di syura Allah....kite cube..terjah n follow

    http://fendy1302.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tu la..makin tua makin jauh lak rasa..tul dak

    ReplyDelete