Di UK, satu kajian mendapati Kanak2 yang mengambil susu ibu lebih cenderung untuk berperangai baik, berbanding Kanak2 yang meminum susu formula. Kajian ini telah dijalankan oleh University of Essex, Oxford dan York, dengan kerjasama University College of London.
Dengan menggunakan data dari Millenium Cohort Study diorang jalankan experimen ke atas bayi yang lahir dalam tahun 2000 dan 2001. Seramai 10000 pasangan ibu dan bayi telah ditemuramah ketika bayi berumur 9 bulan dan 2 tahun selepas tu.
Hasil kajian mendapati Kanak2 yang mengambil susu ibu lebih baik kelakuannya dari segi hiperaktif, menipu, mencuri dan manja. Untuk permulaan, diorang disusu selama 4 bulan dan hasilnya, hanya 4% Kanak2 yang disusuibukan menunjukkan kecenderungan untuk berperangai tak elok, berbanding 16% oelh bayi yg disusu formula.
![]() |
Entah apa la budak ni carut sumber : blog |
Antara sebab yg telah dikenalpasti apabila anak-anak disusuibukan oleh ibunya, secara psikologinya anak kecil ini lebih rasakan belaian daripada ibunya. Sebab tu la perangai diorang tak buat perangai. Tapi kalau Kanak2 yg minum susu formula, psikologi diorang ni agak ‘memberontak’. Kita pun tahu yg Kanak2 berperangai mengikut org dewasa di sekeliling diorang. Ingat diorang yang kecil2 tu tak tau pape ke?
Kalau kita tgk pada zaman sekarang ni, kadar jenayah mmg tinggi. Secara teorinya mungkin penjenayah2 tidak mendapat susu ibu semasa diorang kecil2 dulu. Masa umur 2-3 tahun dah mula terganggu psikologi, mungkin sukar untuk membaikpulih psikologi kanak2 masa diorang dah berumur 4-5 tahun. Bila ibubapa pula sibuk dgn urusan kerja, tumpuan kpd anak bertambah kurang. Bila anak2 ni dah besar, jiwa memberontak tu pun berkembang. Sebab tu la kotkadar jenayah hari ni sangat tinggi peratusnya per penduduk.
Kesimpulannya, selain membekalkan anti-bodi kpd bayi, susu ibu juga boleh membentuk perangai anak2 supaya tampil lebih cemerlang. Walau sesibuk mana pun seorang ibu, luangkanlah sedikit masa untuk menyusukan anak, dan membelai diorang. Sedikit masa yg dilabur sekarang, segunung dividen pada masa depan.
Mk note : Aku tak kawin lagi. Hehe
sumber info : Guardian UK
banyak faktor yang mempengaruhi sikap dan sifat seseorang itu...;)
ReplyDeletehehe..stuju..sekadar menghilightkan kepentingan hubungan ibu dan anak :)
ReplyDelete