Assalamualaikum.
Aku nak kongsi cerita seram yang tak berapa seram sikit la kali ni. Dalam setahun dua ni aku rasa mcm aku ada kelebihan sikit drpd org lain. Mata aku boleh nampak benda2 yang tak nampak dengan mata kasar. Aku dah boleh develop 6th sense ke? Huh?
Dulu takde la sangat gangguan2 ni. Kalau ada pun kena dengan benda2 yang orang hantar kat mak aku. Mak aku ni kira businesswoman la. Bisnes dia pun boleh kata maju juga la. Tapi mak aku ada penjaga. Penjaga dia orang alim. Memang 24 jam dia jaga mak aku. Kalau ada apa2 dia terus bagitau mak aku dan suruh mak aku solat hajat banyak 2 dan baca ayat2 al-quran. Mak aku memang org yang kuat beramal. Solat dhuha pun jarang tinggal. Kdg2 bila duk kat kampong tu, kalau aku tak sembahyang dhuha mmg kena lecture lah. Heh!
Totally opposite dengan mak aku, aku ni mmg susah betul nak beramal. Yang wajib pun berat2 je. Huhu!
Back to the story, dalam sebulan dua ni, gangguan2 ni makin kuat pulak. Aku ingat benda2 yang arwah moyang aku bela datang melawat. Bila aku cerita kat mak aku, dia cakap benda tu mmg ada kat sini. Benda tu nak berkawan dgn aku. Lupa nak bagitau, aku duk kat Padang Jawa, Shah Alam. Hehe.
Sekarang ni bila dah masuk tengah malam je mmg rasa panas semacam je bilik aku. Ada sekali tu masa aku baru nak lelap, aku dengar bunyi mcm tikus duk berlari-lari dalam almari aku. Aku pun tendang la almari tu. Almari tu duk kat hujung katil aku je. Lepas aku tendang tu senyap kejap. Tapi lepas tu tiba2 bahagian kanan almari tu mengensot ke depan sikit. Aku pun terkejut la. Terus aku pergi ruang tamu. Tidur kat situ. Huh!
Dalam seminggu lepas tu, ada gangguan lagi. Masa aku tengah sedap tidur, tiba2 je rasa ada orang kejut aku. Aku buka la mata. Tengok2 ada benda duk mencangkung kat hujung katil aku. Terkejut gila aku! Aku terus bangun pergi tidur kat depan la. Takkan nak tunggu kot. Huhu!
Bukan setakat tu je ceritanya. Ada lagi 2-3 kali aku nampak the unseen with bare eyes creature ni. Aku rasa mcm dah ada ability lebih sikit dari orang lain. Keturunan kot. Mak aku pun boleh nampak benda2 macam ni. Tapi mak kau pandai bab nak halau2 benda tu. Aku mana la reti.
Pakcik sebelah ayah aku pun ada kelebihan yg sama. Aku ingat lagi masa malam anak dia nak meninggal dulu. Anak dia masa tu dalam 6 bulan la. Malam tu anak dia sakit kuat. Masa dia tengah pegang ubun2 anak dia sambil baca ayat2 nak bagi anak dia berhenti menangis, dia dengar suara bagitau dia kalau dia lepas ubun2 anak dia tu, anak dia akan pergi. Lepas lama dia riba anak dia, dia letak la anak dia sebab nak pergi buat air, nak bagi hilang mengantuk. Bila sampai kat tempat anak dia tadi, anak dia dah tak bernyawa.
Benda2 yang jadi kat aku mmg buat aku tak selesa. Sekarang ni tgh dalam proses pemagaran rumah. Harap2 lepas ni aku dah tak kena dah benda2 macam ni. Aku pun tak nak nampak benda2 yang tersembunyi ni. Tak senang duduk dibuatnya. Huhu!
salam kenai..uis..bukan maen seram lagi tmpat kow nie yer..pa kata kow letak cctv kat bilik tu baru bleh share kat kita orang nanti..hehe..serius nie..sebab aq pun pernah gak nampak benda yg pelik2 masa d kg dulu..ok folo u blog.folo me back yer..kaspersky mobile security 9 full version
ReplyDeletehhaha..seram la jugak..x brani nk duk sorang2 kt umah..jhaha
ReplyDelete