Manusia terdiri dari mcm2 jenis. Ada yang hensem, ada yang comel, ada yang cun, ada tinggi, ada yang kurang tinggi, ada yang kurus, ada yang berisi, ada yang pandai, ada yang kurang pandai dan ada yang mcm2 lagi la.
Kita selalu dengar orang komen, malah kita sendiri pun selalu komen pasal diri kita sendiri. Ni antara komen atau lebih tepat, ngomelan kita2 yang bunyinya mcm tak bersyukur.
“Nape la aku ni pendek sangat. Kan best kalo tinggi, boleh jadi model.”
“Comelnya pempuan tu. Kulit gebu, cutting ok. Kalau la aku mcm dia, kompem meletopsss!”
“Peerrgghh..lawa siot badan brader tu. Mcm Jason Statham. Patutnya badan aku mcm tu la.”
“Apesal la susah sgt nak putih ni. Dah mcm org afrika dah aku ni. Mcm mana nak ada couple ni.”
“Susah betul nak kurus. Baik tak payah ada badan dpd badan mcm ni!”
Tu ayat kondem diri sendiri. Dalam tak sedar, kita selalu jugak mengomel ayat2 dengkikan org lain. (Jangan nak nafi la :P)
“Eleh, stakat melentik-lentik depan bos mmg la cepat naik pangkat!”
“Ko bukan pandai pun, nasib je tu dapat tinggi test. Entah2 tiru org sebelah .”
“Minah tu bajet cun gila2 la tu, semua jantan dia nak layan.”
“Poyo gila mamat ni. Tak payah la dressing mcm tu. Bajet dpt jadi perdana menteri.”
Tidak kurang juga kita selalu menyalahkan org lain. Lebih teruk bila dalam tak sedar, kita salahkan Tuhan atas kekurangan diri kita.
“Kenapa la aku lahir dlm famili miskin mcm ni.”
“Ni semua mak ngan abah punya pasal. Kalau diorang tak kongkong aku dari kecil dulu, takde la aku jadi mcm ni!”
“Kenapa Tuhan biarkan aku jadi mcm ni? Tak cukup ke ibadat aku selama ni?” (Na’uzubillah min dzalik)
“Kalau kau tak ajak, takde la aku terjebak ngan benda ni!”
Jadi, sebagai peringatan untuk kau dan aku, mari sama2 kau dan aku berfikir sejenak. Kenapa perlu kita merungut? Kenapa perlu kita dengki? Kenapa perlu kita menyalahkan orang lain? Tenangkah jiwa kalau kita buat mcm tu?
Kita perlu ingat. Allah bagi kita sesuatu ada hikmahnya. Ada cerita di sebaliknya. Ada ilmu yang ingin Allah sampaikan kepada kita. Kita hanya berpu bertenang dan cari maksud yang tersembunyi tu. Apakah dengan ngomelan kita boleh jadi cantik? Apakah dengan hasad dengki kita boleh jadi pandai? Apakah dengan ngomelan kita boleh jadi kaya?
Tengok dalam diri kita. Kaji kekuatan dan kelemahan diri. Ukur keupayaan kita. Baiki kelompongan diri. Ingat, tersalah ngomel buruk padahnya. Jangan kerana banyak ngomel tergadai akidah!
Minds are like parachutes , they only function when open. – Thomas Dewar
No comments:
Post a Comment