May 7, 2011

Kopi, Senaman, Seks - Punca Angin Ahmar

Assamualaikum semua! Hari ni aku nak kongsi sikit cerita pasal kesihatan. Di UK, saintis kat sana telah menemui bahawa beberapa aktiviti/perkara/bahan yang boleh jadi punca seseorang tu dapat stroke, atau dlm bahasa melayunya angin ahmar.

Kajian ni telah dijalankan sejak tahun 2008 terhadap 250 pesakit stroke di UK la. Hasil drpd interview dgn pesakit, dgn penjaga pesakit, diorang buat satu list berkenaan perkara yang boleh menyebabkan terjadinya stroke. Kat bawah ni perkara2 yang boleh menyebabkan stroke dan peratusnya;

                         1.    Minum kopi secara kerap, 10.6%
2. Senaman yang kuat, contohnya kita paksa diri kita senaman atau pergi gym ,7.9%
3. Selalu bersin, 5.4%.
4. Seks, 4.3%
5. Tension dlm toilet, cthnya buasir, 3.6%
6. Minum coke a.k.a minuman bergas, 3.5%
7. Selalu terkejut, 2.7%
8. Kuat marah, 1.3%

Kesemua perkara2 kat atas tu boleh menaikkan tekanan darah, dan kalau selalu terjadi/buat, pembuluh darah yang kecil di bahagian tengkorak akan membengkak, atau dipanggil anuerysm. Anuerysm yang pecah di otak akan menyebabkan pendarahan di bahagian tersebut. Anuerysm ni susah nak dikesan, dan dia datang secara tiba2. Sebab tu kita tengok pesakit stroke ni tiba2 je rebah pastu tak sedarkan diri.

jenis-jenis aneurysm

Jadi, untuk mencegah terjadinya stroke, seelok2nya kita mengawal aktiviti/perkara kat atas tu. Kalau senaman, senaman ikut kemampuan kita dan jangan paksa diri. Kalau suka minum kopi, kurangkan sedikit jumlah pengambilan kopi tu. Walaupun peluang untuk sembuh drpd aneurysm melalui pembedahan tu ada, tapi rasanya lebih baik kalau kita beringat sebelum kena.

Ingat, mencegah leih baik dari mengubati. Jangan kita tunggu dah kronik baru terhegeh2 nak berubat. Kalau rasa2 ada sakit kt bahagian kepala yang kerap, walaupun sedikir, segera la minta pandangan pakar perubatan. Selamat menjalani hidup yang sihat! 

sumber : Guardian UK

No comments:

Post a Comment