May 17, 2011

Entri Serius || Perang Salib di Malaysia?

Assalakualaikum.

Mula-mula sekali aku nak minta maaf jika entri aku kali ni menyakitkan hati siapa2 yang membaca. Aku cuma nak mengutarakan pendapat aku, selaku sebahagian dari generasi baru politik Malaysia ni.

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah mengeluarkan satu amaran kepada penganut agama Kristian bahawa dia akan mengetuai perang salib sekiranya penganut kristian terus mencabar kedudukan agama Islam di negara ini. Dia juga turut menyatakan bahawa majoriti penganut kristian di malaysia ialah kaum cina, dan majoriti kristian di dunia diketuai oleh US dan tali barut di US di Malaysia ialah Anwar.

Selaku pihak di atas pagar, aku sangat tak bersetuju dengan pandangan Ibrahim  ni. Dulu sewaktu election 2008 kenapa dia terima juga tawaran PAS untuk bertanding atas tiket PAS di parlimen Pasir Mas? Waktu tu dia tak tahu ke PAS bekerjasama dengan Anwar? Kalau dia tahu kenapa dia bertanding juga? Ada kepentingan ke?

Ibrahim mengeluarkan amaran berdasarkan laporan Utusan Malaysia Sabtu lepas yg mengatakan bahawa sebilangan pastor di Malaysia sedang merancang untuk menjadikan Malaysia sbg negara Kristian. Pada pendapat aku, laporan tu tak sahih. Sebab laporan tu dibuat berdasarkan tulisan seorang blogger. Sejak bila akhbar mengambil blogger sebagai rujukan? Bukan ke blogger yang sepatutnya mengambil blogger sbg rujukan? Dalam blog tu pula sekadar menyiarkan gambar sekumpulan pastor, bukan video pun. Kalau nak terbitkan di muka depan akhbar, kena la ada bukti yg kukuh.

Si Ibrahim ni pula tak tentu hala bagi amaran kpd penganut kristian. Perlu ke buat mcm tu? Kalau betul pun diorang nak buat Malaysia ni sbg negara kristian, ia akan memakan masa yg sangat lama. Mungkin selepas dua generasi. Sementara diorang duk buat persediaan, apa yg kita sbg Melayu Islam ni buat? Duk saja2? Duk layan AF?

Ibrahim ali kena buka mata. Nak lawan penyebaran agama lain, nak lawan penguasaan agama lain bukan secara maki hamun mcm tu. Ni bukan zaman batu. Kenapa kita tak kuatkan org kita dulu? Kenapa Ibrahim ali tak menggesa kerajaan menghentikan hiburan drpd barat? Bukan ke hiburan barat tu ada msg tersembunyi ke? Takkan Ibrahim ali tak nampak semua tu?  Ke Ibrahim Ali suka tgk artis barat pakai seksi2?

Lagi aku nak tanya Ibrahim Ali. Suka ke kalau rakyat negara ni berperang? Suka ke tgk keharmonian pelbagai kaum di negara ni hancur? Suka ke peristiwa 13 Mei versi baru terjadi? Tak pernah fikir ke impak kenyataan yg dibuat tu?

Aku selaku generasi baru negara ni sangat kecewa dgn tindakan seorang yg dipanggil pemimpin ni. Ingat, ancaman-ancaman tak akan mencapai kejayaan. Yang penting kuatkan akar umbi kita dulu. Sambil tu bagi kefahaman kpd org bukan Islam apakah maksud sebenar Islam. Kalau pemimpin buat mcm ni, pengikut pun akan turut serta. Faham tak IBRAHIM ALI?

6 comments:

  1. Ibrahim Ali???muahahahaha......terang2 utusan cakap benda tu dari blogger..dahla benda tak sahih..Utusan pon ngok,Ibrahim Ali pon ngok...kena provoke sikit dah menggelabah..Malaysia ni berbilang kaum,susah la kalau pemimpin belom apa2 dah attack orang lain..hura hara...

    Kisah Seorang Warden Dengan Anak Muridnya Sempena Hari Guru....

    ReplyDelete
  2. betul tu..ibrhim ali ni mmg dah takde fungsi..buat gaduh melayu ng org lain jer

    ReplyDelete
  3. Saya yakin kuping Ibrahim Ali sekarang berwarna merah menyala terkena sentilan tajam seperti ini.
    He, he ,he.

    http://rizaltanjung.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. dh name pon negara kite ni demokrasi..berbagai agama & bangsa.. kekadang aku pon xpaham..yela mcm ko ckp tu kan, xkan nak negara kite huru hara perang sane sini,sbb sikap org2 cm ni la yg buat kan kite yg idop dalam satu negara yg berbilang bangsa ni musuh satu sama lain..anti agama satu same lain..benci antara kaum dengan kaum lain.. last2 ape jd? mcm ko ckp la HANCUR

    ReplyDelete
  5. betul tu..takut generasi bwh kita nanti hidup tak aman..nabi dlu hidup dgn yahudi..antara semua kaum yahudi la yg paling bangsat..tapi boleh je yahudi tunduk dgn nabi, ngan pemimpin2 selepas tu..kenapa? sbb mereka tau cara diplomasi yg betul..cara nk tadbir negara dgn betul..bukan main maki hamun,peras ugut je..agaknye diorang ni byk tgk video tu kot..mintak jauh la negara kita dr bencana perkauman

    ReplyDelete
  6. tula..ape yg ade dlm otak diorg duit je kot..glamour..nanti ramai org undi sbb dh dikenali kan..aku pon ade buat entri mcm mane care nabi bercakap dengan para yahudi..dengan lemah lembut..bukan memaki satu sama lain..

    ReplyDelete