Skarang ni kita tgk ramai org kita yang kononnya je melayu, konon je Islam tapi dah takde rupa melayu. Stuju tak? Pengaruh mat saleh mmg kuat kat tempat kita. Dari zaman merdeka, sampai lah ke zaman yg dah tak berapa merdeka ni.
Org kita ni tak kira muda atau tua bangka suka sgt dgn mat saleh. Banyak perangai ngan budaya diorang yg kita ikut. Tapi dlm byk2 perangai yg kita ikut, ada juga yg org kita tak ikut. nak tahu apa? Meh baca lagi meh.
Yang org kita selalu ikut | Yang perempuan pakai baju masing2 tak nak kalah. Lurah ke, bonjol ke, semua boleh nampak dgn jelas. |
Yang aku selalu kondem | Helo, yg awak nak tayang lurah awak tu kenapa? Diorang agama apa?awak agama apa? Tak reti nak beza? Kang kalau org tanya awak tu agama mana awak marah pulak. Awak tu pakai je seksi, tapi ckp english yg awak tau ailebiu jer. Kena rogol salahkan perogol. Apa ke bangang awak ni? |
| |
Yang org kita selalu ikut | Amboi..kalau hujung minggu je mesti ada muka awak kat pusat hiburan. Kalau karaoke tu ok la, sbb boleh dikira sbg pusat hiburan famili. Ni tak, kat pusat hiburan yg hiruk pikuk jugak awak pergi. Goyang, joget, liuk lintuk badan. Best sangat ke? |
Yang aku selalu kondem | Mat saleh skarang ni ramai yg berpegang kpd prinsip free-thinking. Hiburan semua diorang tibai. Kalau ikut agama diorang, mana boleh benda2 mcm tu. Awak tu nak jadi free-thinker jgk ke? Dah tak sayang agama sekarang ke? Nanti awak dah meninggal nanti, nak kapan ke pakai kot? |
| |
Yang org kita selalu ikut | Kat mana2 pun skarang ni, tak kira masa tak kira tempat, mesti kita nampak org kita duk pegang tin/botol yg ada logo crown, yg ada logo sauh, yg ada logo mcm2 lagi. Kalau minum air ni, confirm pening2. Lepas tu muntah2. Lepas tu merapu meraban. Mcm org gila. |
Yang aku selalu kondem | Mat saleh mmg budaya diorang dari dulu lagi mcm tu. Lagipun tempat diorang tu sejuk. Nak2 kalau malam. Tempat kita ni sejuk ke? Budaya kita mcm tu ke? Mak ayah awak ada suruh minum air tu ke? Atok nenek awak amal minum tu ke? Moyang awak mmg kaki minum tu ke? Meluat gila tgk budak2 kita belagak cool bila pegang air tu. Aku lepak kat ASIA CAFE sunway hari tu. Atas meja budak melayu ada dlm 2-3 botol air tu. Even cina ngan india pun minum teh O ais je! |
| |
Yang org kita selalu ikut | Amboih..bukan main lagi duk berpeluk, bercium dpn org ramai. Tu depan org tuh. Kalau blakang org, tak tau la apa awak buat. |
Yang aku selalu kondem | Mcm aku ckp tadi, mat saleh ni free-thinker. Buat apa2 pun ikut suka hati laki nenek tiru sebelah mak angkat diorang je. Kalau nak kira, agama diorang mana bagi buat benda2 mcm tu. |
| |
Yang org kita selalu ikut | Humang aih. Rambut awak ni mmg mcm bulu harimau dah aku tengok. Ada mcm2 warna! |
Yang aku selalu kondem | Woi, mat saleh tu mmg rambut diorang warna mcm tu. Tak payah la awak tu nak tergedik2 nak tukar warna rambut awak tu. Rambut kuning, kening hitam, bulu kaki hitam. Gerun aku tengok. Dah mcm mawas kat hutan Sipilog dah. |
| |
Yang org kita selalu ikut | Romantik betul boyfriend awak ye. Asyik bagi bunga mawar je. Nak2 kalau valentine’s day. Sweet!! |
Yang aku selalu kondem | Ni satu lagi. Mat saleh pun tak tau dr mana asal usul tradisi tu. Konon2 nampak kool. Kool kepala hangguk awak. Dah la valentine’s day punya sejarah pun awak tak tau. Ape ke bangang awak ni? |
| |
Yang org kita selalu ikut | Banyak pulak NGO yg tuntut kesamarataan hak wanita la konon. Siap buat memo lagi tu suruh kerajaan gubal law supaya lelaki tak boleh poligami. |
Yang aku selalu kondem | Mmg sah gila. Tak semua benda perempuan boleh sama taraf dgn lelaki. Amek contoh mudah ni. Kalau rumah dimasuki perompak. Suami suruh isteri pergi lawan dgn perompak tu, agak2 isteri tu mampu tak? Agak2 isteri tu sanggup tak? |
Kalau nak kira mmg banyak lagi lah perangai2 huduh mat saleh yg dah sebati dlm jiwa org kita. Yang hairannya, yang baik2 tak nak ikut pulak.
Woi..mat saleh rajin membaca. Awak tu rajin ke membaca? Setakat 2 helai setahun tu bukan membaca namanya. Tu mengeja!
Woi..mat saleh tekun cari ilmu. Sebab tu diorang maju. Awak tu gi sekolah pun kena paksa. Tak malu ke kalau mat saleh cakap awak tu bengap?
Woi..mat saleh permbersih. Toilet diorang boleh buat tidur kat dalam tu. Awak tu pembersih ke? Pegang berus sabut pun tak reti, jgn kata nak basuh tandas.
Woi..mat saleh tegur org lain depan2 je la. Kalau betul cakap betul, kalau salah cakap salah. Awak tu reti nak mengumpat, nak mengata. Bila org yg awak umpat tu ada dpn mata bukan main mesra lagi awak dgn dia ye.
Ada banyak la lagi sifat2 yg patut ada kat diri kita ada kat mat saleh. Tapi syg. Stakat yg buruk tu je kita mampu ambil. Tak dapat nak bayang generasi anak cucu kita nanti mcm mana.
MK note : Sorry entri kali ni emosi sket. Geram betul tgk minah2 yg bajet hot pakai singlet lepak kat KFC.
geram sebab marah ke geram sebab suka weh hahaha
ReplyDelete"Dah mcm mawas kat hutan Sipilog dah." suke siot ayat neh~!! hha. kalau kat sdkn, pusat pliharaan org utan tu nma dia sepilok :)
ReplyDelete