Assalamualaikum!
Pagi tadi aku ada baca berita di KOSMO! di ruangan dunia. Berita tu bunyi dia lebih kurang mcm ni la; Arab Saudi nafi air zam zam beracun. Rupa-rupanya aku baru tau yang awal bulan ni, British Broadcast Channel (BBC) mendakwa yang air zam zam ni mengandungi kandungan arsenik yang tinggi, melebihi tahap yang dibenarkan WHO. Ini berikutan ujian salah seorang saintis di UK yang menjalankan ujikaji terhadap air zamzam yang dijual di dalam botol plastik di Wandsworth, Upton Park dan juga di Luton, Bedfordshire. Katanya, air zamzam boleh menyebabkan kanser.
Aku pun selak2 la kain Google, cari info sikit pasal berita ni. Hasilnya aku jumpa satu link BBC, katanya air zam zam ni beracun. Di malaysia berita ni tak berapa bising, sbb org kita masih lagi duk terbuai dgn perkahwinan william dan kemenangan Man Utd. [Duuuhh!!]
Macam biasa lah, apabila barat menjadi kiblat, penyataan yg tak tepat pun boleh jadi hadis. UAE, sebuah negara bangsa arab beragama Islam telah mengharamkan penjualan air zam zam secara terbuka (ni berita setakat waktu aku tulis ni la).
Kalau kita tengok ini bukanlah percubaan pertama barat dlm memprovokasi agama islam, khususnya Mekah dan air zamzam. Dulu kita pernah dengar yg pihak orientalis ni menuduh bahawa Mekah merupakan tempat pengganas2 berlatih. Mcm2 cara diorang cari utk masuk menakluk Mekah.
Dalam bab air zamzam pula, semuanya bermula pada tahun 1971. Seorang doktor dari Mesir (tak pasti apa agamanya) telah menulis kpd media Eropah. Dlm surat tu dia kata yang ari zamzam ni tak sesuai untuk diminum. Apa lagi, raja arab Saudi masa tu, raja Faisal hangin satu badanlah. Dia terus suruh org ambil sampel di telaga zamzam dan hantar ke makmal di eropah. Pada tahun lepas pun Food Standard Agency UK telah menasihatkan org ramai jgn minum air ‘beracun’ ni.
Berbalik ke tahun 1971. Mengikut cerita org yang bertugas untuk mengambil sampel dan menghantar air zamzam ni, beliau memulakan tugasnya dengan mengukur dan mencari punca air telaga zamzam. Dipendekkan cerita, beliau mendapati yang air zamzam ni mmg datang dari bawah tanah.
Kadar aliran masuk dari ni memang sekata di setiap permukaan telaga dan aliran air ini berterusan tanpa dibantu mana2/apa2 pam atau mesin.Kalau nak difikirkan mmg tak logik. Mcm mana ada aliran yang berterusan selama beribu tahun. Telaga ni pulak terletak di tengah2 padang pasir yang mana telaga2 yang ada di sekelilingya dah banyak yang kering.
![]() |
anggaran kedalaman telaga zamzam |
Hasil ujian makmal pada tahun 1971 tu menujukkan air zamzam mempunyai komposisi seperti garam, tiada mikroorganima dan juga beberapa mineral. Dan kajian ini telah disambung di merata pusat kajian di seluruh dunia. Salah satunya ialah Universiti Raja Saud. Berikut adalah hasilnya ;
- Natrium
- Kalsium
- Magnesium
- Kalium
- Bikarbonat
- Klorida
- Florida
- Nitrat
- Sulfat
- pH 8
- Sejumlah kecil alkali larut
Dan untuk membantah lagi pernyataan BBC tu, seorang pegawai kerajaan Saudi telah menyatakan bahawa ujian mutahir telah diadakan pada bulan Mac tahun ini di kumpulan makmal CARSO-LSEHL di Lyon, France. Beberapa sampel air zamzam asli dari telaga telah diambil dan dibawa ke sana untuk diuji. Hasil ujian ini telah mendapati bahawa air zamzam ini sesuai untuk digunakan oleh orang ramai dan apatah lagi untuk diminum. Sememangnya manusia tidak dapat mengatasi fakta daripada Allah!
Tapi bila fikir2 balik, bagus juga BBC keluarkan berita ni. Sekurang2nya ia menggalakkan org Islam sendiri mengkaji dan mendalami cerita air zamzam ni (termasuk la aku sendiri). Sememangnya org barat tidak akan pernah memperakui kehebatan agama kita, walau sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara. Diorang ni mungkin tak belajar kimia. Arsenik yang diorang jumpa dalam air tu merupakan hasil tindak balas air dengan botol plastik. Cuba la jalankan kajian betul-betul di tepi telaga zamzam tu!
Lepas ni, kalau timbul lagi cerita2 dari media barat tentang air zamzam ni, kita suruh diorang kaji dulu holy water diorang tu. Apa kandungan yang ada dalam tu. Jangan sibuk2 nak masuk campur urusan agama kita lagi dah. Betul tak?
Sumber lain : BBC, Arab Saudi
macam2 orang barat pakai nak menjatuhkan orang islam,,thanksss for sharing :)
ReplyDeletedorang sebenarnya tau suma tu.. tech dorg lbh canggih, tp besala.. kebenaran tu la yg dorg nk nafikan. sggh bodoh!
ReplyDeletetapi syg bila ada org kita pecaya bulat2 kat diorang
ReplyDeletenice info bro..
ReplyDeletehuhu, media barat dok kecoh pasal penemuan Arsenik tapi pada artikel yg sama gak konon nyer kandungan Arsenik yg dijumpai merbahaya sangat pon..