May 8, 2011

Agama, Media dan Kita

Media mmg memainkan peranan penting dalam menyatu padukan kaum di sesebuah negara.  Tapi kalau media yang mengapi-apikan satu kaum tu mcm mana pula? Tu namanya media yg tak matang, walaupun dah berpuluh tahun bertapak dalam industri percetakan kat negara ni.

Sepatutnya isu2 sensitif ni tak perlu lah diberi liputan sampai letak di muka depan terbitan harian . Kalau ada isu/perkara berbangkit, ajak ketua masing2 berbincang dgn hati yang terbuka dan berlandaskan perlembagaan negara ni. Susah ke? Tak susah. Tapi jadi susah bila ego dan politik dicampuradukkan dlm isu2 mcm ni.

tiada siapa yg nak negara kita jadi mcm ni


Lagipun dlm isu yang kecoh di negara kita dlm 2-3 hari ni, bukti pun belum dpt dikenalpasti lagi. Polis pun tgh buat siasatan. Mcm mana tiba2 satu akhbar yg dah lama bertapak di negara kita ni boleh letak berita ni di muka depan? Hairan betul.

Kenapa zaman Dr.M dulu takde berita2 yg mcm ni? Dulu takde kaum lain ke kat negara ni? Takde agama lain ke kat negara ni? Kenapa dulu sebelum pilihanraya 2008 takde berita2sensitif? Kenapa sekarang ni bukan main banyak lagi berita yg melaga2kan kaum2 di negara kita bukan main banyak lagi? Inilah sesuatu yg perlu kita fikir.

Sebagai org kebanyakan, yg suara kita belum pasti lagi didengar oleh org2 atasan, apa yg boleh kita buat? Kat sini lah bila kita perlu menggunakan kematangan untuk berfikir, mencerna berita yg disampaikan kepada kita. Janganlah kita cepat terpengaruh dgn berita2 yg kita terima. Kalau kita ikut emosi yg tak menentu, akhirnya diri kita sendiri yg rugi. Kita perlu igt, dlm perjuangan membela agama, hati yg ikhlas mmg sangat dituntut.

Kita tak boleh membela agama dalam keadaan marah, sebab benci, sebab ikut org. Kita kena membela agama kerana Allah Taala. Kalau tidak kerana Allah Taala, mmg perjuangan itu akan berkecai di separuh jalan. Ingat pada kisah seorang pemuda yg berperang sebaris dgn Nabi Muhammad, tetapi bukan untuk pertahankan Islam, hanya untuk mempertahan bumi Madinah. Hasilnya, perjuangannya tidak diterima Allah. Itu org yg hidup sezaman dgn nabi. Kita ni duk zaman mana?

Kepada pihak media, diharapkan jgn lah memainkan isu sensitif tanpa bukti yg kukuh. Jgn membangkitkan perasaan benci sesama kaum dan agama. Jgn juga menjadi kuda tunggangan politik. Jadilah media yg bermaruah. Media yg bersih. Media yg berkarisma.

p/s – takkan nak tunggu malaysia jadi mcm ambon baru media nk berfungsi dgn betul?

2 comments:

  1. jadi cam ambon?
    ambon tuh ape ek??

    ReplyDelete
  2. ambon sebuah daerah/negeri kat indonesia...pergaduhan antara islam ngan kristian..beribu terkorban..sama2 doa negara kita selamat

    ReplyDelete