April 29, 2011

Rangkap Satu , waQaf

Assalamualaikum

Ini kira first time aku menulis kat blog ni. Sebelum ni pun aku dah ada blog, tapi atas beberapa faktor, terpaksa aku menutup blog tersebut. So, untuk pertama kali punya topik, kita ambil topik la yang mampu menenagkan fikiran dulu. Hari ni aku rasa nak berceritera pasal khutbah jumaat tadi. Even though aku sampai lambat, aku sempat la jugak dengar khutbah daripada tok khatib tu.yeah!

Tadi tok khatib berkhutbah pasal waqaf. Bukan wakaf macam gazebo tuh. Ni waqaf. Huruf Q, bukan huruf K. Kalau dalam tulisan jawi/arabnyer, huruf QOFF, bukan huruf KAFF. Ada faham ka juga?yeah!


Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ramai jugak yang masih tak tahu pasal waQaf ni. Dan mungkin juga mereka yang tahu tu tak faham sangat. Bagi yang tak tahu apa tu waQaf, waQaf ni maksudnya memberikan atau sedekahkan harta(selalunya la) kita untuk kegunaan/kemaslahatan/kebaikan ummat (macam ustaz gitu bunyinyer kan).

Apa yang orang kita selalu keliru, bila sebut waQaf je, kita terbayang bagi tanah untuk masjid, untuk tanah perkuburan, untuk surau. Dengan kata lain, kita sedekahkan harta kita tu untuk perkara yang jelas sebagai agama.

Tapi, pernah tak kita fikir yang wakaf ni tak semestinya untuk perkara2 mcm yang disebut kat atas. Contoh lain nyer mcm pembinaan pejabat, sekolah, taman rekreasi untuk keluarga, landfill, pusat pemulihan akhlak, pusat serenti dan banyak pusat lagi la.  Asalkan sesuatu perkara tu memberi kebaikan kpd masyarakat dan tak bertentangan syarak, maka kalau kita sedekahkan harta kita, tu pun dikira waQaf. Dan siapa2 yang wakafkan hartanya, peeeerrrrggghhh.. pahala tak putus2 kot walaupun sudah meninggalkan dunia yang fana ini. Yeah!

So, kesimpulan khutbah ringkas hamba pada hari ini, suka hamba nyatakan sekiranya antara kita ada yang memiliki kelebihan dari sudut harta benda, marilah kita berlumba2 untuk mewaQafkan apa sahaja yang kita ada,mengikut kemampuan kita. Kita tgk kenapa org israel boleh kuasai Palestin, sebab org2 depa duk waQaf hasil kekayaan depa kat kerejaan yahudi laknat tuh. So, kalau kita nak agama kita maju, mari lah kita sama2 mewaQafkan dgn segala kemampuan kita. Yeah!

No comments:

Post a Comment